Masalah ianya hadir dalam kehidupan manusia dalam pelbagai bentuk dan rupa.Ada masalah yang memerlukan penyelesaian fikiran logik, ada yang memerlukan penyelesaian secara agama, ada yang memerlukan penyelesaian secara perasaan dan ada yang memerlukan penyelesaian secara kreatif.
Sifat Penyelesaian Masalah
- Motivasi yang kuat
- Trait yang positif
- Jati diri
- Membina kemahiran
1.Motivasi Yang Kuat
Dengan sifat ini mereka akan lebih konfiden untuk hadapi
masalah yang dihadapi.Hal ini kerana mereka akan cuba mengatasi kesukaran dan cuba untuk
mengatasi segala halangan dan menunjukkan kebolehan untuk menyelesaikan masalah
yang dianggap sukar oleh orang lain.
2.Trait Yang Positif
Kita haruslah mempunyai emosi yang stabil di mana
membolehkan seseorang menyelesaikan
masalah secara objektif dan secara tidak langsung teknik yang diguna pakai
untuk menyelesaikan masalah.
Trai psikologi
objektif dan komitmen adalah penting.Hal ini kerana,dengan mempunyai objektif
dan komitmen kita akan dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan mudah.
3. Jati Diri
Penyelesai masalah akan melihat dirinya sebagai seorang yang
berkebolehan tetapi sedar tentang kekurangan dan batasan yang akan
dihadapi.Oleh itu dengan ada jati diri boleh memberikan mereka suatu nilai positif
untuk mereka yakin dengan kebolehan masing-masing.
4.Membina Kemahiran
Terdapat pelbagai kemahirna penyelesaian masalah
Model enam langkah (Chang dan Kelly ,1993)
·
Kenal pasti masalah
·
Analisa punca masalah
·
Kenal pasti cara penyelesaian yang terbaik
·
Bentuk plan tindakan
·
Pelaksanaan dan penilaian
Kedua, penyelesai masalah hendaklah mengenalpasti KATEGORI
MASALAH:
- Misteri: satu situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku.Situasi ini tidak dapat diterangkan dengan menggunakan akal fikiran.
- Tugasan(Assignment): merupakan kerja yang ditugaskan untuk dilakukan oleh seseorang dengan jelas memperincikan kriteria yang perlu dimasukkan.
- Kesukaran(Difficulties): penyelesai masalah tidak tahu menguruskan situasi dan merasakan sumber-sumber yang ada tidak mencukupi.Oleh itu penyelesai masalah perlulah mengumpulkan seluruh tenaga untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
- Peluang(Opportunities): penyelesai mempercayai bahawa setiap peluang akan membawa kepada keuntungan.
- Tidak pasti (Puzzles): penyelesai masalah menghadapi situasi dimana dia tahu penyelesaian tetapi tidak tahu jawapan mana yang betul.
- Dilema: situasi dimana amat sukar mencari penyelesaian dan menetukan carayang terbaik untuk melakukannya.
Melihat daripada kategori di atas, dapat
anda kenalpasti dimanakah kategori masalah anda sekarang?
ketiga, penyelesai boleh MENYELESAIKAN
MASALAH SECARA SAINTIFIK DAN LOGIK:
terdapat beberapa langkah, antaranya ialah;
- Mendefinisikan masalah: Kita boleh mendefinisikan masalah kita,sebagai contoh masalah yang kita hadapi ialah kesukaran untuk menguruskan masa dan membahagikan masa untuk aktiviti-aktiviti harian yang dilakukan oleh seorang pelajar. Langkah ini penting untuk mengenal pasti keadaan mindset penyelesai masalah.
- Mengkelaskan masalah: masalah diukur berdasarkan tinggi atau rendahnya risiko. Untuk memudahkan proses ini anda boleh mengkelaskan masalah anda mengikut kelas masing-masing
- Tentukan objektif: penyelesai masalah haruslah menentukan objektif biarlah jelas,mudah difahami dan praktikal berdasarkan contoh, aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah menjauhkan diri daripada aktiviti yang tidak berfaedah dan gajet-gajet yang boleh melalaikan anda objektif daripada aktiviti ini ialah supaya penyelesai dapat membiasakan diri untuk tidak membuang masa.
- Tentukan ukuran kejayaan: langkah ini sebagai kayu ukur untuk menilai kejayaan kita. berdasarkan contoh, kesan daripada kejayaan membendung permasalahan ini akan mengurangkan risiko permasalahan yang lebih besar
- Kutipan data: Proses pengumpulan maklumatyang berkaitan masalah yang hendak diselesaikan.Penyelesai masalah hendaklah menyenaraikan faktor-faktor masalah. berdasarkan contoh, antara faktornya ialah membuang masa melayan gajet, melibatkan diri dengan aktivi yang tidak berfaedah,
- Membuat keputusan: Setelah membuat beberapa opsyen, opsyen yang paling tepat akan dilaksanakan.
- Melaksanakan keputusan yang diambil: opsyen yang telah dipilih akan dipraktikan dan selepas beberapa minggu, penilaian akan dibuat sama ada objektif yang dibuat tercapai atau tidak.